DOA PAGI RABU

بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين.
والصلاة و السلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
 
Assalamualaikum.

Salam pagi Rabu 11hb.April 2018 bersamaan 24 Rejab 1439H.

Alhamdulillah atas segala nikmat drpd Allah. Ampunilah kami kerana kurang bersyukur dan bermacam kelemahan kami, walaupun dlm usaha beribadat kpdMu.

Banyak kepincangan ibadah, masalaah hati dan kelalaian yg kami perlu perbaiki yg tidak berhasil tanpa bantuanMu maka tolonglah kami Ya Rabbul Jaleel.

DOA PAGI RABU

Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami kekuatan iman dan keyakinan utk menerokai kekayaan.

Jadikanlah kami insan yg berpandangan jauh, komited dgn kehendak dan perubahan zaman.

Tanamkanlah ke dlm hati sanubari kami sifat amanah, tanggungjawab dan iktikad agar taat mengerjakan suruhan dan menjauhi larangan serta redha menerima dugaan dan ikhlas mengerjakan amalan.

Peliharalah kami agar sentiasa di dlm sihat sejahtera dan aman bahagia sepanjang zaman.

Kurniakanlah kpd kami petunjuk dan panduan agar kami mendapat kejayaan dunia dan akhirat.

Ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, sahabat-sahabat kami, guru-guru kami dan sekalian   mukminat muslimin muslimat dimana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin.

Aamiin....

Ulasan