blog saya
RENUNGAN KITA BERSAMA.......
Bismillahirrahmanirrahim...
Tak apa sekali tersalah, inshaAllah itu akan jadi permulaan baru untuk membaiki diri. Kita kena buang ego, terima kesalahan dan cuba untuk berubah. Kita hadapi kelemahan, belajar dari kesilapan, terima kekurangan, cari cara untuk berubah, dan cuba untuk bermula semula.
Mungkin kesalahan memilih yang kita lakukan adalah cara Dia untuk ajar kita supaya kita tak akan ulang kesalahan yang sama di masa hadapan. Kita tak sempurna. Sebab tu kita perlukan Tuhan. Kita perlukan Dia untuk meminta pedoman, meminta panduan.
Yakin ada hikmah dan sebab di sebalik sesuatu kegagalan, yang bakal menemukan kita dengan perkara yang lebih bermakna berbanding semalam. Jika pilihan yang kita buat sekarang menyedihkan, majulah kehadapan. Di hadapan ada pilihan lain yang lebih baik inshaAllah.
Tak guna bersedih tentang sesuatu yang dah berlalu. Tuhan beri nafas supaya kita tetap melangkah untuk hari esok, bukan untuk melangkah ke belakang. Jangan menyiksa diri dengan terlalu menginginkan sesuatu kerana kadang yang kita inginkan sangat-sangat itu, mungkin, tak sesuai buat kita.

Ulasan
Catat Ulasan