✍🏿 Muhasabah Hati ...
_Tangiskanlah air matamu hanya kerana Allah, janganlah alirkan air matamu pada mereka yang tidak patut ditangisi._
_Menangislah kerana takut akan azab neraka jahannam, apabila api neraka membutakan mata dan besi panas memukul badan hingga hancur isi dan tulang._
_Menangislah kerana keadaan di padang mahsyar kelak, apabila diperlihatkan amalan-amalan mereka dalam keadaan telanjang, melalui perjalanan beribu tahun lamanya._
_Menangislah kerana keadaan di dalam kubur kelak, apabila tujuh langkah berlalu Munkar dan nankir datang menyeru._
Sediakah kita dengan jawapannya?
_Menangislah mengenangkan keadaan kita sekarang, leka dengan arus duniyawi. Tenggelam dibuai dosa dan zina..._
_Menangislah kerana mengharapkan keampunan Allah_
_Menangislah kerana cinta dan rindu yang menggunung padaNya_
Menangislah wahai sahabat ,
Kerana mata yang tidak menangis adalah mata bagi orang-orang yang hitam hatinya.
Sedang , manusia yang memilih untuk mendekati Allah dengan wasilah-wasilah kebaikan, umpama mereka menempah kebahagiaan khusus dengan Allah. Dan Allah berikan kebahagiaan itu khusus ke dalam hati-hati mereka.
❤ "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah, (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah mnciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yg lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".
( Ar-Rum ayat 30 ).
_Sahabat ,_
_Biarkan rintik hujan membasahi lorong lorong sunyi disudut hati , menguntai pelangi tasbih dipalung rindumu._
_Menyapa kembara cinta yang dulu pernah tiada hanyut terbawa pusaran angin malam yang membeku_
_Danau danau senja penuhi kelopak matamu , sungai sungai rindu penuhi kilau bintangmu_
_Mengepak tanpa henti meski perih menyayatmu, tenggelam dalam deru deru sendu putik jiwamu dan hanyut dalam telaga disudut matamu_
_Pelangi tasbih biar dipalung rindumu lalu menyentuh damai kalbu dan menggetarkan Arsy Cinta dilangit ke tujuh..._
# Warkah Waraqah
# SilaShareTanpaEdit
Ulasan
Catat Ulasan